Aku tahu aku buka seorang yang sering diperhatikan....kerana aku bukan seorang yang mencari perhatian... dan kerana aku tidak seindah mereka yang diperhatikan, kerana aku tidak sempurna untuk mencari perhatian... jadi aku hanya tunduk merendah diri bila dipandang, aku hanya diam membisu bila ditanya....
Untuk memiliki hati.. semuanya perlu dari hati... kerana mata yang memandang cuma ingin mahukan apa yang dipandang.. tetapi hati pula inginkan sesuatu tidak kelihatan tetapi ianya lebih indah dari apa yang kelihatan.. itulah keikhlasan...dalam menjalinkan hubungan sebuah persahabatan..
Adakalanya hati ini terusik.. ingin mendekatinya... tapi siapalah aku... sekadar manusia yang tidak dilihat... lalu niat dihati ini dibiar berlalu menghilang dibawa bayu.. suatu hari nanti, ombak rindu pasti akan membwanya kembali ke pesisir pantai hati.. InsyaAllah.. jika dia adalah jodoh..
3 ulasan:
Sedih baca entri ini!!!
hanif idrus : terima kasih kerana membaca..:)
wah...bicara soal hati memang mendalam terus ke dasar... hanya si pemilik hati yang tahu ertinya...
Catat Ulasan