Rabu, 15 Ogos 2012

INI RAMADHAN TERAKHIR KU

Dicatat oleh Noura Nuriman di 12:56 PTG
Assalamualaikum semua..

HAISHH... tak baik lah cakap macam tu taw!!(fokus pada tajuk n cakap depan cermin).. takdalah.. maksud aku , ini ramadhan terakhir aku berpuasa di Pauh Land, Perth-Least, Araustarlia ni ha(feeling Oversea sangat).. selepas 3tahun berpuasa di perantauan, insyaallah tahun hadapan aku akan kembali ke pangkuan famili berpuasa bersama mereka.. insyaallah jika dipanjangkan umur.. ameen.

Pelbagai kenangan yang aku alami sepanjang berpuasa di perantauan selama 3 tahun ni... apa yang paling aku tak boleh lupa adalah pada puasa tahun pertama aku kat sini.. time tu sem 1.. masa tu aku berbuka puasa beramai2 bersama geng2 JPP di kafe kat poli kami.. lepas beli air (tak beli makanan pun sbb xde selera nak makan, so minum je) aku terus amek meja port depan tv baik punya.. Azan je kat tv, aku terus baca doa dan minum air.. aku tengok dak2 lain still lagi sembang2  x minum ke makan ke ape ke..aku sorang je minum... pelik juga lah rasanya aku sorang je minum sedangkan kat TV dah azan... then terdetik lah aku nak tanya diorang knp x minum.. tepat2 je aku panggil membe aku sorang ni... tak sempat tanya lagi aku dengar azan dari Pusat Islam.. masjidlah tu... masa tu barulah aku sedar yang aku berpuasa di perlis.. bukan di selangor.. di perlis waktu berbuka dia lambat sikit dari selangor... dengan tidak dapat mempertahankan diri aku telah dituduh tidak puasa pada hari tersebut.. Bile bulan puasa je, aku mesti teringat hal ni... then ketawa sorang2.. Puasa tahun kedua pulak, aku selalu ikut abg yasier(senior jabatan aku) pegy bazar arau.. pusing bazar dua tiga empat lima kali sebab tak tau nak makan apa.. tapi tahun ni abg yasier dah xde sebab dy da abes stdy.. xde sape nak bawak aku pegy bazaar luar poli lagy.. aku rasa macam ramadhan kali ni sekejap sangat.. mungkin sebab Sem ni super duper BZ sampai tak sedar dah nak raya.. esok aku dah nak balik selangor untuk cuti raya, tapi aku still lagy tak exited nak raya or tak dapat apa2 feel untuk raya.. nak dengar lagu raya pon xde terlintas langsung.. hurmm knp ye??

Tu lah peristiwa yang paling aku tak boleh lupa sepanjang berpuasa di perantauan ni..  tahun depan insyaallah akan berpuasa dengan keluarga tercinta..

gerai nasi kerabu kelantan paling laku kat bazaar dalam poli aku.. nasi dy punye lah banyak, aku makan tak penah habes.

view pusat islam dari bazaar poli

tak ingat malam keberapa .. cantik sangat bulan tu



0 ulasan:

 

BLOG Syiqah Shahar Al-Masri Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos