Alhamdulillah, video ini telah menjadi perbincangan yang berpanjangan disebabkan kuasa visual, dan kata- kata yang telah dimasukkan ke dalamnya. Oleh kerana ada request dari orang- orang yang prihatin untuk diletakkan diskripsi bimbang wujudnya fitnah, maka saya bersetuju dengan cadangan tersebut. Tujuan tidak diletakkan dahulu sebarang penerangan pada mulanya hanyalah untuk menarik perbincangan yang berpanjangan. Kerana dalam setiap produk intelektual, ianya tidak lengkap jika orang tengok sahaja, tetapi tidak mahu berdiskusi. Diskusi itu yang saya harapkan supaya budaya berhujah itu menjadi kebiasaan, sebab selalunya orang kita suka terima sahaja, tapi tidak mahu mengkaji. Dalam kesenian visual kita pun begitu. Masyarakat ramai tak faham apa yang aritisan buat. Kerana di Negara kita ni, seni itu dianggap third class. Yang faham bahasa seni, orang2 seni sahaja. Orang biasa, tak faham. Kesenian pada mereka hanyalah lukis- lukis, conteng- conteng. Kalau tengok benda pelik dikatanya, eleh, aku pun boleh conteng. Cuba kita bagi berus dengan cat tengok. Boleh ke orang yg takde fundamental ni buat. Comfirm hilang arah. (Pernah dieksperimen pada seorang kawan) .
Terdapat beberapa teori (seperti kata- kata orang, teori bukan dari Al Quran, ciptaan manusia. Ya, memang ciptaan manusia) seperti Semantic Study, Semiotic Studies yang melibatkan Sign Indexical dan Symbol, yang dikembangkan oleh Ilmuan seperti Chales Sanders Pierce dan Ferdinand De Saussure (Signify dan Signifier) Teori Psychoanalysis oleh Sigmund Freud yang membincangkan conscious mind, sub conscious mind dan unconscious mind, Ijtihad Keindahan oleh Imam Al Ghazali yang popular dengan kitab ihya ulumuddin. Teori persepsi yang dibincangkan dari tamadun yunani oleh Aristotle dan Plato sehingga hari ini. Juga kajian Pengalaman Estetik. (Susah nak terangkan semua kerana terlalu detail. Anda boleh buka buku dan baca. Paling mudah G.O.O.G.L.E. jangan tengok wiki ye, tak valid dalam akademik.)
Maka kebodohan seorang lelaki yang makan burger dengan muka selamberland tersebut disertakan dengan teori- teori terkemuka ini. Ini dibuat dengan beberapa sebab.
1. Pada malam sebelum McD offer 100,000 burger McD kerana takut diboikot telah membuatkan sensitivity mendalam di hati saya. Bagi saya ini ialah method NWO (Sila cari apa itu NWO) yang dirancang oleh Dajjal dan pengikut massonicnya. Seperti yang ada di dalam hadis, bahawa Dajjal akan kendung syurga di bahu kirinya dan neraka di bahu kanannya. Maka, syurga dajjal itu yg sedang diusahakan oleh stakeholder dajjal iaitu Yahudi Zionis dan America. Saya tidak dapat tidur sehingga 6 pagi. Selepas solat subuh baru saya dapat idea bagaimana nak counter mereka ini. Dengan ART!
2. So, bagaimana saya mahu counter back usaha dajjal ini dengan kesenian saya. Ha! Baru saya teringat. Dulu, Andy Warhol, artist agong zaman Pop telah buat video persembahan (video performance) Andy Warhol Eats Burger. Dalam video tu, Andy telah makan Burger King dengan Tomato Sos Heinz. Tapi Andy sebagai ikon Pop mempersembahkan interrelationship beliau dengan Pop produk dan Popular Culture rakyat America iaitu fast food burger. Rakyat America juga tak suka Sos Cili macam rakyat Melayu. Pedas kata mereka. Mereka suka Sos Tomato. Seni Performance ini sudah lama di Negara- Negara maju. Kita baru merdeka, dorang dah ada Seni bentuk macam ini. Video performance macam ni juga di ajar di Universiti Seni Malaysia dari segi teorinya, tetapi pelajar yang keluar, tak meneruskan usaha ini kerana takde siapa nak beli work macam ni. Collector seni Malaysia masih suka beli painting sahaja. Satu painting boleh beli puluh- puluh ribu. So performance tak boleh cari makan. Maka bentuk seni macam ni tak berkembang.
3. Maka, saya telah dapat satu idea. Saya kena beratur dapatkan Burger Mc D free esok. Untuk attack mereka dengan produk mereka. Untuk lawan seni mereka, dengan seni mereka sendiri, To against Art, with Art. Untuk melawan popular culture America dan Zionist dengan Popular culture yang mereka cipta sendiri. Ini dinamakan memulangkan paku buah keras. Idea ini dapat dari prinsip Amerika zaman Bush, To Fight Terror, with Terror. Saya melihat, usaha berbaris panjang untuk dapat sarapan free yang jahanam ini sebagai satu usaha di luar context rakyat biasa berfikir. Yang beratur bersama saya ketika itu, takde niat lain. Cuma nak minta kedarah free sahaja. Dia tak kisah berapa ramai orang mati kena phosphorus, high tech bomb. Yang dia tau. Yeay, aku dapat free burger. Tak payah beli. Semasa beratur, saya tergelak di dalam hati, dan hati saya berkata, bodohnye orang yg beratur ni. Kalau gini la keadaannye, klu musuh serang Malaysia ni, bagi burger free je, terus tak keluar berjihad. Nilai ramai orang diluar sana boleh dibeli dengan RM 5 ++ sahaja. Tidakkah itu murah? Kawan yang bersama dengan saya untuk support usaha kempen video performance burukkan Zionist dan tukang- tukang beratur ini keluarkan kamera phone dan ambil video, ditegur oleh sekumpulan makcik, klu tak silap makcik2 ni pakai tudung. ‘Eh, kenapa ambil gambar kami?’ Macam tau2 je niat kami untuk burukkan dorang. Hahaha. Pakai tudung bai. Muka melayu, tapi boleh kene beli ngan RM5 lebih. Lagi bersemangatla aku bikin video ni.
4. Kemudian kami balik ke Kampus, dengar kabar dari korporat Mc D, di negeri kami, habis dalam masa 2 jam. Dahsyatkan? Lagi la aku bersemangat nak kenekan dorang yang beratur tu. Terus aku panggil kawan aku, cinematography punya pensyarah ambil kelengkapan video dan shoot di studio. Masa tu dapat cadangan dari dia yang faham bahasa kamera ni berbanding aku. Dia kata, kalau kita nak kritik dorang, kita tak boleh statikkan kamera ikut eye level. Kita kene sengetkan sikit, untuk nampak ketidakseimbangan. Itu yang wujud conflict. Saya, pun setuju coz respect kepakaran cinema dia. Itu pasal kamu orang nampak kamera aku senget, bukan tak pandai ambil gambar, tapi ianya memang disengajakan. Ada argument disebalik kesengetan itu.
5. Maka, bila dikatakan action oleh kawan aku, saya pun start makan. Memang la kita akan annoyed bila tengok orang makan. Cuba engkau orang pergi restoran dengan kawan, kau takde duit, kemudian kawan kau makan sorang. Ko tengok je telan air liur. Mestila kau orang berbulu kan? Memang annoying act tu sengaja diada- adakan untuk membuatkan penonton annoyed. Menyampah, benci, marah. Apa hal mamat ni. Suruh kita tengok video yang tak berfaedah ni. Itu yang cuba direfleksikan kepada penonton penonton, itu adalah kritikan kepada tukang yang berbaris panjang tadi. Tak ambil kisah, annoying punya manusia, telinga kuali, takde perasaan. Tak rasa bersalah. Itu boleh dilihat dalam setiap perilaku yang diperform oleh saya sendiri dalam video ini. Bukan saja- saja buat.
6. Ini baru kamu orang tengok fast cut 7 minit. Yang tidak dilajukan akan dipamerkan dalam satu pameran seni di sebuah institusi. Yang tak dilajukan, 12 minit tak silap. Lebam la sape yang tengok. Lagi la menyampah, rasa nak bunuh je pelaku video tadi.
7. Pasal korek telinga dan lain- lain minum tangan kiri, itu semua adalah subconscious mind. Itu tak disengajakan. Saya buat senatural boleh. Memang tangan kiri tangan syaitan. Tapi takde kait mengait dengan vid ini. Saya seorang yg kidal. Dari kecik, mak ayah dan sedara mara marah. Ha, makan la tangan taik tu. Tangan setan. Saya memang makan benda tak berlapik macam nasik pakai tangan kanan. Tapi, apabila benda berlapik seperti air kadang- kadang tak sedar tercapai tangan kiri. Nak-naknya tetiba posisi air tu belah kiri, memang kadang- kadang automatic ianya berlaku. Bila saya sedar, baru saya tukar tangan. Tapi pada ketika perform, yang ada di kepala saya Cuma nak habiskan performance secepat mungkin. Nanti lama- lama korang lagi boring, lagi menyampah, lagi la rasa nak bunuh aku. So, keadaan masa itu telah menyalurkan konsentrasi saya pada bahan di depan mata untuk dihabiskan seberapa cepat. Lagipun saya memang jenis makan lambat. Macam pengantin. Maka, ianya sedikit mendesak dengan kekangan masa. (Ini memang menyalahi sunnah, makan dan minum tangan kiri. Ada dalam soheh bukhari dan muslim. Maka itu kesilapan sendiri. Orang kidal memang begitu. Tak percaya cuba perati orang kidal yg anda kenal) Bab tak baca bismillah, tak perlu la baca kuat2, dalam hati sudah. Bab Alhamdulillah plak, saya memang apabila sedawa akan baca Alhamdulillah. Itu memang habit dari belajar kat Universiti lagi. Coz Universiti aku ajar orang bersyukur. Kawan- kawan rapat saya tau la, tu habit sedawa dan bersin saya. Tapi tak perlu la nak masuk dalam video. Dalam hati sudahla. Yang tuduh aku tak baca bismillah n Alhamdulillah, takpe la. Walaupun fitnah kamu di like oleh sebahagian orang yg tak sker video ni. Saya maafkan kamu dan tukang-tukang like tersebut. Semangat seorang muslim ialah menyayangi saudaranya seperti dirinya sendiri.
8. Apabila habis makan, saya berenti sekejap. Dalam kepala saya, saya fikir mesti orang akan menyampah dekat aku sebab ajak tengok aku makan je. Motif? Ok, sign dan symbol telah ada di atas meja. Body language dan segala significant symbol yang ada dalam packaging Mc D. Pada yang pandai baca, mesti dah dapat agak sikit- sikit. Yang tak pandai baca, mesti akan kata, kurang hajar! Makan Mc D. Hei kawan, macam la kau orang sejak lahir tak pernah barang sekali pun makan Mc D. Mungkin ada yang tak makan. Macam Pian Habib kata dia tak makan Mc D sebab bukan taknak makan Mc D. Tapi lidah dia tak boleh hadap fast food ni. Mc D x makan. Intel pakai jugak untuk laptop dan PC. Processor zionist yahudi gak. Yahudi tu. LAKNATULLAH! Saya? sori la. Saya pakai AMD. AMD made in Malaysia kan?
9. Berenti sekejap tu bukan apa. Sedang cari konklusi yang sesuai untuk video ini. Yang Impak kaw- kaw punya. First2 saya rancang begini, saya akan kata “Assalamualaikum saya Hakimi Halim, saya baru lepas makan burger produk Zionist. Walaupun sebagus dan sebest mana pun produk ini, ianya akan jadi taik juga akhirnya. Zionist will be end up as a SHIT!
10. Tapi kata- kata itu tak terkeluar. Tergamam lihat kamera. Fikir punya fikir dalam masa yang singkat itu, saya pun berkata “ Assalamualaikum, saya Hakimi Halim, saya baru lepas makan Burger Mc D Free, Di saat umat Islam di Gaza sedang disembelih”.
11. Kata- kata ini ada dua sebab. First untuk provoke kebencian kepada yang tak faham video ini. Orang yang pemarah akan marah la kan. Marah itu adalah satu kejayaan pada saya. Sebenarnya dia bukan sahaja marah saya. Orang yang ambil free stuff pagi tu pun secara tak sengaja akan terpalit sama. Emosi anda sedang dipermain- mainkan. Terima Kasih kerana Marah! Anda ada hati dan perasaan. Anda adalah pejuang Islam yg sebenar. Anda sensitive dengan kesusahan saudara kita di sana. KEMARAHAN ITU YANG SAYA CARI. TAPI ANDA TERSALAH MARAH ORANG. ANDA KENA MARAH 99,998 MANUSIA YANG AMBIL BURGER FREE (Tak termasuk saya dan kawan saya yang berniat melaksanakan seni). Tapi ambil burger sebab nak kenyangkan perut busuk dia. Dalam 100,000 manusia, saya seorang dan kawan sayaje yang ambil burger untuk kempen kesedaran boycotting produk Zionist untuk keselamatan GAZA. Saya Menggunakan Kesenian untuk Menentang Kesenian Mereka. Ini dinamakan Gerak Saraf. Secara tidak langsung, saya menjadi Askar Hamas dalam menjalankan kerja gerak saraf di FB dan Youtube. Saraf anda sedang digerakkan. Ini dinamakan Psywar.
12. Saya sebenarnya mengambil dan makan burger tersebut untuk menentang mereka melalui kesenian. Saya tak kuat macam saudara saudari semua. Sanggup pergi ke Ghazzah, angkat senjata, berjihad, bermandi darah. Saya respect semua yang komen ni sanggup berjihad. Dahsyat momentum kamu semua. Menaip komen- komen kemarahan di Youtube menggunakan processor Intel ciptaan yahudi zionis laknatullah. Menggunakan Intel, FB, Youtube (Yang kesemuanya adalah product yang dikaitkan dengan Zionist dan Israel untuk menentang tentera Zionist). Saya ingat, kalau kita hantar 2500 ++ orang yang view video saya ke Ghazzah, berjuang dengan Hamas, memegang grenade launcher dan sebagainya, mau terkencing askar Israel. Kerana semuanya pejuang hebat.
13. Tapi, niat menggerak sarafkan target audience tak sampai dengan baik. Gerak saraf ini sebenarnya untuk 100,000 manusia yang tak tersengaja menjadi ejen Zionist tanpa mereka sedar. Ops, 99,998 tak termasuk saya dan kawan saya. Kerana semua orang cetek ilmu kesenian. Maka, orang yang marah tersebut, yang saraf mereka tergerak dengan sendirinya. Sampai naik urat dahi marahkan video ni. Alhamdulillah, niat saya menimbulkan kebencian saudara saudari kepada Mc D dan seangkatan dengannya bahkan Colgate yang melindungi gigi tuan2 selama 24 telah berjaya. Seorang kawan mengucapkan saya terima kasih petang tadi, kerana dengan menonton video tersebut, niatnya nak makan ke McD jadi terbantut kerana mengingati muka saya yang mengunyah dengan ‘selamba dek’ dikala rakan2 kita di sana sedang disembelih oleh Zionist laknatullah.
14. Maka dua golongan telah ‘terkena’ atau ‘terkesan’ dengan video ini. Golongan pertama yang boikot McD. Kesannya, dia semakin marah dengan sekutu korporat Zionist dan pelaku iaitu saya dalam video persembahan ini. Kedua, orang yang beratur panjang dan dengan lahapnya membedal Mc D Free itu tadi.
15. Golongan ketiga ialah para intelek seni. Bila ditanya tentang video ini, mereka kata bagus. Sinikal, reverse psychology, subtle approach, semantic, semiotic, esthetic, reflection dan segala macam teori yang keluar. Bagi mereka tiada masalah. Sebab seni itu adalah tanggapan (menurut Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin dan The Study of Esthetic oleh Aristotle). Boleh saja nak buat, tapi kene terima risiko, kamu berhadapan dengan orang awam. Ada yang suri rumah, kerani, doctor, accountant, pemain bola sepak dll. Takut mereka tak faham dan tafsir secara lain. Mereka bimbang keselamatan saya. Tapi saya ini orang yang degil, menurut Dekan saya orang seni adalah orang yang kuat energinya. Maka atas kekuatan energy itu dan kedegilan tersebut maka diupload juga video tersebut.
16. Bagi saya, seni itu adalah untuk masyarakat. Berkongsi dengan orang ramai, mendidik orang ramai supaya memahami dan menghayati seni. Orang2 sarjana seni dekat Malaysia berdiskusi tentang falsafah seni, teori seni dll di dalam bilik kuliah. Yang dengar pelajar. Pelajar pula tak ramai yang keluar jadi artisan, penggiat seni dan penulis seni. Jadi cikgu ramai, kerja bank pun ramai. Jual insurans lagi ramai. Maka ilmu yang dibincangkan terhad dalam bilik kuliah, seminar seni, forum seni, atau pameran seni. Orang awam tak heran dengan kesenian ni. Cuba kita Tanya, kenal tak Arwah Datuk Ibrahim Husien, Arwah Datuk Syed Ahmad Jamal, Arwah Datuk Husien Enas, Dr Chong Kam Kaw, Prof Dr Sulaiman Esa, Prof Siti Zainon, Prof Madya Ruzaika Omar Basri dan otai- otai seni veteran yang lain. Ha, Latif Mohiddin lagi sorang. Komfem tak kenal. Sebab mereka ni dikaji dalam institusi seni sahaja. Jadi maklumat tu tak sampai pada rakyat. Bagaimana satu Negara yang nak maju, tak kenal orang- orang begini. Kalau Negara maju, pemberat Sains, Kesusasteraan dan Seni kena sama. Sebutkan satu tamadun yang pernah wujud di dunia yang tak ikut pemberat ni. Komfem kau tak jumpa. Islam hebat sebab Sains dan Seni seiring, Greek, Mesopotamia, Mesir, Renaissance semuanya mempunyai keseimbangan bidang keilmuan yang sama. Malaysia? Nak kejar wawasan 2020? Pelukis Negara pun tak kenal, macam mana? Saya kursus di luar Negara, ada satu muzium seni, mak bapak bawak anak ramai- ramai pergi tengok hasil seni pelukis tempatan (termasuk performance art dll la) dan antarabangsa dengan bayaran klu convert duit kita RM 70 ringgit seorang. Anak kecik- kecik dah dididik menghayati kesenian. Walaupun mak bapak tak faham. Terpaksa Tanya curator apa di sebalik karya tu. Dekat Malaysia, Muzium Negara masuk bayar seringgit pun tamau pergi. Yang banyak pergi sampai full house pun masa Pameran Hantu dulu. Hahahahaha. Kalau tak, haram nak gi. Punya la nak tengok jenglot sanggup bersesak- sesak. Tengok syaitan pon seronok ke? Balai Seni Visual Negara yang simpan khazanah seni harga berpuluh juta masuk free, yang ramainye mat salleh je masuk. Tanya drebar teksi pon tak tau. Bila cakap sebelah Istana Budaya baru dia tau. Muzium tekstil dekat area central market, masuk free pon orang tak masuk.
17. Bila kesenian itu dibawa keluar untuk dibincangkan dalam Channel Youtube, tak faham salahkan orang. Takpe la nak salahkan pengkarya. Itu biasa. Pengkarya ni seorang yang bergiat dan perlu bertanggungjawab dengan apa yang dihasilkan, kalau benda yang dibuat tak dibincangkan, bermaksud karya seni itu takde apa2. Tak penting. Kalau orang start react pada satu karya seni, maksudnya karya seni itu hebat. Ha, lagi satu. Karya seni ni ade dua jenis. Senang faham, satu, karya seni yang mengagungkan rupa. Kalau lukis orang, memang sebijik orang. Cantik gile. Satu lagi karya seni yang anti rupa. Macam video saya tu anti rupa la. Rupa tu dah tak penting. Set kamera pun senget. Yang penting konteks untuk dibincangkan, persoalan objek seni yang dibawa. Contohnya, objek seni yang dibawa ialah Burger dan Packaging Mc D. Kenapa ianya dipilih, sebabnya ianya sangat kuat untuk dibincangkan. Issue yang dibawa, isu Palestin. Kenapa ianya dipilih. Sebabnya ianya sangat penting untuk saya dan masyarakat ramai. Kalau tak penting, kenapa plak saya tak boleh tidur malam sebelum ambil Mc D free semasa Ghazzah sedang dihujani peluru. Maka pemilihan konteks perbincangan itu dah sangat kuat. Sebab symbol dan sign dalam karya itu, maka terlahirlah indexical. Indexical terlahir apabila orang ramai react kepada karya, sampai panggil saya Cikgu Kim@k, baik rakam ko buat sex, Heartless Motherfucker, Kalau Mc D bagi ko makan burger babi pun ko amik (eleh, macam pengomen tu tak pernah makan Mc D. Kecoh siot) dan sebagainya. Indexical berkaitan dengan causal connection. Itu la yang jadi video ni impak gila walaupun nampak bodoh.
18. Video ni juga react kepada Film Fitna, Karikatur Muhammad, The Innocence of Muslims, dan lain- lain. Apa orang Islam buat semasa film ini tersebar merata dunia. Demonstrasi itu biasa, orang buat letupan kat merata dunia, tuduh orang Islam. Itu juga biasa. Sebabnya, kita melenting cepat sangat. Kita tak fikir jalan yang bijaksana. Orang tu provoke kita memang untuk kita bertindak dan nak tuduh kita balik lepas tu klu ade terrorist attack. Apa pengkarya seni muslim buat. Tido? Jual Work harga puluh- puluh ribu? Jika mereka takut bertindak, saya la yang bertindak. Coz saya sayang agama dan bloodbrothers n sisters saya. Saya tak pandai guna senapang. Jadi saya guna video. Kalau saya pakai direct visual, tunjuk orang marah Yahudi, tu dah biasa sangat. Budak tadika pun boleh buat. Apa yang saya buat ialah penggunaan Semantik. Tidak direct. Kalau direct, saya dah samakan diri saya dengan pengkarya video, karikatur dan film yang hina Junjungan Besar kita. Approachnya direct. Senang faham. Itu kerja orang naratif je, tak kritikal langsung. So, saya pakai la sinikal punya pendekatan. Yang korang terasa apahal. Penah beli, or termakan product Israel ke?
19. Pasal ‘senyum’ masa last video lepas cakap Rakyat Palestin kene sembelih dan saya sedang syok makan burger, ada jugak argue. Tuduh aku syiah. Aku panas la beb. Kau nak maki aku takpe, jgn nak kaitkan aku ngan syiah. Aku paling benci syiah. Sapa yang sibuk gi jumpa Menteri Basyar Asad tu paling aku benci sekali. Orang berdemo angkat gambar Khomaini, Hassan Nasrullah, angkat panji konon2 panji husin tak pulak korang nak marah. Aku makan burger, tak cakap kotor pulak ko kaitkan dengan syiah. Maka kebuluan tersebut perlu dijawab.
20. Senyum sinis tersebut bukan aku senyum kat korang ek! Jangan nak perasan sangat. Aku bukannye senyum tengok rakyat Palestin kene sembelih. Rakyat Palestin plak ko nak kaitkan dengan keperahsantan kau. Ish, ish. Aku senyum kat 99,998 orang yang beratur ambil berger free tu. Yang tak terasa hati pun, hati batu. Aku senyum coz aku dah dapat counter Art dengan Art Barat, aku dah berjaya menghina sign dan symbol korporat yahudi tersebut. Faham? Kalau tak faham lagi apa aku bleh buat.
21. Tajuk pun dah sinikal ‘Pantang Free’. Kalau ko cakap dengan kawan kau, eh ko ni asal free laju je, “Pantang Free” la kau ni. So, apa yang kau faham? Maksudnya, kau sedang sindir kawan kau. Asal ada free je kamu yang dulu. Faham? Ha? Masih tak faham? Sori, saya tak tahu berbahasa Urdu.
22. Ok la, kalau nak jelaskan lagi, panjang lebar plak nanti. Tak larat korang nak baca. Kalau tak panjang lebar, tak faham pulak. Haish… So, aku amikla pesan Lokman Al Hakim dalam peristiwa naik Kaldai dengan anaknya. Mana2 pun kamu pergi, kalau tak sesuai dengan mata orang, kau tetap akan orang kata salah. So, apa perlu aku buat, ikut suka korang la nak kata apa. Aku rasa aku buat tak langgar apa- apa pun. Undang- undang Islam aku tak langgar, Undang- Undang Negara aku tak langgar. Yang terlanggar pasal terminum tangan kiri. Itu pun tak sengaja coz aku kidal. Jadi la orang kidal dulu, dilema tak dilema la engkau. Terima kasih kerana sensitif. Tadi kawan saya pun tegur terminum mineral water pakai tangan kiri. Terus tukar tangan. Thanks for that.
23. Setelah penjelasan panjang lebar ini kalau korang kata aku salah, ok. Takpe. Silakan. Anda dan Saya sedang dimainkan oleh persepsi. Apa yang Lokman buat itu pun menimbulkan persepsi kan? Oh, Lokman rupanya sudah beribu tahun menjadi performer sebelum kewujudan saya. Masyaallah. Patutla Allah gelarkan dia Lokman Al Hakim. Oh, patutla nama saya Hakimi, dengan tak sengaja, saya telah meminjam kebijaksanaan kekasih Allah ini.
24. Kalau kamu orang tak puas hati juga, marah juga, nak bagi aku mati cepat juga. Doakan pada Allah, minta pada Allah, jika aku salah, hukumlah aku. Tapi guna perkataan ‘Jika’. Kalau aku tak salah, aku tak kena apa- apa la kan. As simple as that. Aku serahkan diri aku, pada Allah dan Rasul. Senang tak. Korang tak sakit hati. Kalau aku salah, itu urusan Allah. Pandai- pandai la dia nak buat apa dengan aku. Korang doakan je. Aku aminkan.
25. Kepada Sarjana- sarjana seni semua, maafkan saya. Work saya dah tak misteri lagi. Satu hari pernah berjumpa seorang art kritik. Dia tegur saya coz cerita kat semua orang mesej yang nak sampai pada audience. Dia kata, biar la orang yang berpesepsi, kalau kau bagitau semua, tak stim la. Dah takde element of surprise. Tapi nak buat macam mana. Kena bagitau jugak. Dah nak tau sangat. Susah, gi Muzium pun skali skala tu la jadi gitu. Statistik membaca rakyat Malaysia pun tahu- tahu je la kan. Pastu ada hati nak jadi Negara maju. Adoyai.
Ok la, Terima Kasih kepada semua yang terbabit secara langsung ataupun tidak. Anda sebenarnya adalah tikus makmal atau Guinea Pig saya untuk saya bedah cara kamu berpesepsi dengan karya seni. Dan persepsi inilah menjadi validasi akademik saya. Boleh la saya tulis jurnal nanti. Yippie, bleh tingkatkan KPI tahun depan.

SALAM
Terkasar bahasa Mohon Dimaafi
Hakimi Halim
Cikgu di sebuah Institusi Seni
Dan Kurator di Sebuah Galeri Seni Yang Takde Nama
6 ulasan:
dah manusia selagi namanya manusia...
syiah memang payah kita nak trace, tapi contohlah, bila sadam mati ucap syahadah... aku terfikir, selama ni, dia bunuh tu syiah, ada org kisah? mungkinlah cara dia nampak jahat, tapi bila sadam mati, yg bersorak puak syiah... ni adik beradik dorang lah juga... dah syiah serupa kita, tinggal lagi dorang ni musang berbulu ayam... lahabau... dari cara kau menulis ni, aku tahu mesti kau taip senafaskan? ekeh ekeh keh... pening aku baca takda sekatan... sebaris semuanya...
{Pisang Kaki}
nak jadi org seni kena bnyk sabar..tgk yasmin ahmad..seni itu mikro n subjektif tp kalo masyarakat dpt research sedalam2nya isyallah akn temu jalan..tq
saya nak ucapkan syabas pada mereka yg terlibat dlm penghasilan video ni. jgn putus asa & teruskan usaha, perah otak & teru hasilkan video2 lagi utk menentang israel/zionis & jgk utk MENJANA MINDA ANAK2 MELAYU SUPAYA BERFIKIR! hehehe =)
Rakyat malaysia memang pantang barang free.....negara kita terlalu aman hingga ada yg kufur nikmat.....
very good job. seriously ;) i faham mesej yg u sampaikan and i tersenyum sinis sedar tak sedar mengenangkan mereka yg boleh beratur panjang demi burger RM5* ;)
salam
bukankah AMD pun turut sama by zionis... made in malaysia because ianya been install here.sama ngan produk intel je lau x silap.. sorry lau mustake... as i know semua procesor xde pn made by malaysia..malaysia taw ciplak je..,., jelas dan nyata by proton... inspira terang2 mitsubishi lancer 11.. -peace-...
Catat Ulasan