Assalamualaikum...
Believe or not, baru2 ni ade yang komen kat saya yang blog ni asyik update bout puisi, jiwang2, cinta, quote..or sumthing yang sush orang nak faham..dalam setiap perkataan terlalu banyak makna yang tersirat.. tak semua orang boleh faham..baru ku sedar ade juga orang nak bace blog aku ni kan..
Ok laah... untuk korang yang sometime kurang faham dengan apa yang aku tulis tu aku minta maaf, or mungkin ade yang rasa macam malas dah nak baca entry2 aku ni kan...(ade tak??) jangan lah macam tu...
sebenarnya, kadang2 aku nak bercerita dengan korang, tapi seperti ade sesuatu yang menghalang... bukan semua cerita kita boleh kongsikan walau adakalanya sangat teringin berkongsi.. tambahan pula ade msaalah pada lappy aku, ade beberapa button huruf yang tak boleh nak digunakan.. so agak payah untuk aku taip panjang2 ... terpaksa guna ''on screen keyboard'' yang sangat melecehkan.. tunggu lah nt ade dwet aku repair..
BTW.. sedar tak sedar, pejam celik pejam celik. toleh kanan toleh kiri atas bawah depan belakang semua tahun 2012 dah nak labuhkan tirai, tahun 2013 memanggil manggil.. usia pon dah makin meningkat, masuk 2013 ni aku dah masuk unmur 21 tahun.. wah!!! dah boleh mengundi!! ahahaha semangat kau nak mengundi... tanggungjawab katanya...
Sepanjang aku lalui tahun 2012 ni.. macam2 yang aku lalui.. kalau dalam soal hati, banyak yang sakit aku lalui.. boleh juga aku katakan sepanjang 2012 ni juga adalan tahun untuk aku memulihkan diri aku, proses aku mencari ubat, mencari cinta yang sebenar-benar cinta.. betullah, jika kita memberikan cinta kita pada yang sepatutnya.. maka DIA akan kirimkan cinta yang sebenarnya cinta pada kita.. insyaAllah...
Sakitnya cinta dahulu tu buat aku lumpuh, dan mencari apa itu sebenarnya cinta.. sampai lah aku temui cintaNYA.. dan dari cintaNYA itu aku temui cinta SIDIA.. sepanjang tahun 2012 ini juga, macam2 dah aku pelajari dari segi kehidupan, kerjaya, cinta, persahabatan dan sebagainya... aku juga lalui bagaimana sakitnya ditindas, peritnya difitnah, deritanya putus cinta, tenangnya bersujud, dan bahagianya bile kita dekat dengan cinta yang sebenar2 cinta, semuanya berlaku dalam setahun, tapi bagi aku semua itu bagai kan sekelip mata..
Hati yang telah melalui bermacam-macam dugaan ini akan dibawa ketahun hadapan, namun dengan lebih pengalaman dan ilmu dari setiap pengalaman itu, aku akan pastikan segala kesilapan tak akan aku ulangi. penyesalan yang tak ada guna, tak mampu merubah segala yang telah terjadi. semangat dan iltizam yang ada kini adalah satu kuasa baru untuk menempuh kehidupan akan datang.pengalaman selama 21 tahun ini mengajar aku banyak perkara tentang kehidupan. namun pengalaman sebanyak ini tetap masih terlalu sedikit untuk menempuh dugaan akan datang.. apakah aku akan mampu tempuhi jalanan dengan jutaan liku dalam perjalanan ku nanti.
Penghujung 2012 ini juga aku temui satu semangat baru yang aku yakin dia akan membimbing aku agar menjadi lebih baik, lebih matang, lebih bagus dari aku sebelumnya... dia semangat, dia masa depan, dia harapan dan dialah impian. insyaAllah taala. aamiin.
HATI 2012 yang terlalu banyak parut nya ini akan aku bawa ke tahun seterusnya agar ia menjadi satu titik tolak yang akan mengingatkan aku tentang sesuatu yang pernah aku lalui dan tempuhi. agar aku akan sentiasa berjaga jaga dengan apa yang akan aku lakukan, aku tahu bukan mudah jalanan yang bakal aku tempuhi kelak.. aku harus kuat! aku tak mahu jatuh lagi.. tak mahu lumpuh lagi! kelumpuhan yang hanya aku rasa, hanya aku faham, dah hanya aku tahu apa disebaliknya. insyaAllah taala... dia yang datang dengan harapan dan impian itu adalah semangat ku.. insyaAllah..
Terima kasih 2012 kerana membawa seribu derita, sejuta bahagia untuk aku.. akan ku semat, akan ku pahat dalam jiwa.. akan ku simpan jadi kenangan hitam putih kehidupan aku..
3 ulasan:
kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Imajinasi lebih penting daripada pengetahuan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..
kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Imajinasi lebih penting daripada pengetahuan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..
Blog kita hak kita...jadi blogger ini awak akan dapat komen sebegini...lain kali pun akan dapat lagi..heheheh. Itu perkara biasa bila berblogging..
Dan perjalanan dari tahun ke tahun dalam kehidupan ini akan mematangkan kita..
Catat Ulasan