Rabu, 16 Januari 2013
Kau Rindu Kan Aku Ya Allah
Ya Allah... mungkin dugaan ini datang kerana kau rindu kan aku,
kerana akhir2 ini aku selalu alpa kotakan janjiku padaMU,
atau kerana aku selalu lewat bertemu MU,
atau dah lama aku tak luangkan masa bersama MU,
Ya Allah.. Mungkin dugaan ini datang kerana sikapku yang sering melupakanMU dalam setiap urusanku,
mungkin aku aku lupa untuk meletakkan dirimu yang UTAMA dalam setiap tingkah ku,
atau Mungkin juga kerana akhir akhir ini aku terlalu melebihkan dunia berbanding diriMU ya Allah..
Ampunkan aku Ya Allah.. dalam dugaan ini ku dapat rasakan betapa kau rindukan ku, betapa kau rindukan doaku, betapa kau rindukan munajatku, ampunkan aku ya Allah jika segala perbuatan ku itu ibarat menduakanMU, ampunkan aku ya Allah.. aku juga rindu dengan keindahan setiap kalimah MU..
Ya Allah..Jika selama ini cintamu itu kau luahkan melalui insan lain, mungkin silapku terlalu melebihkan dia berbanding diriMU, ampunkan aku Ya Allah..ampunkan aku..
Terasa begitu hina apabila aku ingin memohon padaMU, terasa begitu hina untuk meminta padaMU,terasa diri ini terlalu hina untuk meraih padaMU..
Kau yang merancang segalanya Ya Allah.. kau yang menentukan segalanya, Janjiku aku akan berusaha mendapatkan nya..ku pohon restuMU ya Allah.. Redhoi aku, tunjukkan aku jalan bila aku dalam kesamaran, berikan aku cahaya bila aku dalam kegelapan bimbing aku bila aku dalam kekeliruan..Jadikan cinta padanya ini cinta keranaMU, Lindungi hati kami agar tidak tersasar dari jalanMU, pimpin hubungan kami kesyurgaMU, Lapangkan jiwa kami agar sabar menempuh setiap dugaan dariMU.. kuatkan hati kami ya allah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
ya allah, adakah engkau juga rindukan aku dengan memberi dugaan-dugaan seperti ini.. Moga-moga aku dapat tempuhi dugaan itu
Catat Ulasan