Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Isnin, 25 Jun 2012

RESEPI :: Jus Nenas ::

Dicatat oleh Noura Nuriman di 1:39 PTG 1 ulasan
Assalamualaikum semua..

Harini aku nak kongsikanlah dengan korang sikit cara buat jus nenas.. ade yg suka blend.. dan ada yang suka rebus dulu nenas tu.. kalau aku aku tak suke blend.. sebab nanti serat2 dy tersekat2 kat tekak masa minum .. aku tak suke mcm tu.. kalau aku aku lebih suke potong je buah nenas tu kecik2 bentuk cube macam nata de coco tu kan.. pastu rebus... masa rebus tu letak lah gula sikit... lepas rebus tu bagi dia sejuk dulu.. da sejuk boleh hidangkan dengan ais batu.. minum waktu tengah hari panas2 perghhhh .... sedap toqq.. selamat mencuba :)



*kalau korang suka klik nuffnang, churp2/says kat bhagian atas blog.. tq

Ahad, 24 Jun 2012

RESEPI KAMPUNG :: PELAS KELAPA MUDA ::

Dicatat oleh Noura Nuriman di 4:21 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum semua..

hye... harini aku bermurah hati nak belanja korang semua resepi.. hihihii resepi jelah mampu nak belanja secara online niyh.. nak bank in duit kat korang anak raja belum sudi masuk meminang aku lagi.. kalau korang nak.. sudi2 kan lah kenalkan aku dengan kerabat diraja.. hik3 (gelak kambing dengan malu2 kucing jap)..

OKlah 2x...xnak annoying dah.. awal2 lagy dah buat u olls meluat... abes traffic blog aku kalau korang tanak singgah blog aku lagy..JATUH MERUDUM nanti..

Buat julung2 kalinya aku nak share resepi dengan korang, aku tak tau lah korang tau x makanan ni.. maklumlah, ini resepi kampung, makanan orang kampung, orang dulu2.. sekarang susah nak jumpe makanan ni.. tak semua orang tahu buat walau caranya sangat mudah! so now budak kampung hingusan ni nak kongsi dengan korang sikit cara nak buat pelas kelapa muda ni ok :)



Gambar kat atas ni bahan-bahannya..
-kelapa muda
-ikan bilis (ditumbuk)
-Udang (ditumbuk juga.. kalau taknak tumbuk boleh potong kecik2 ataw tak payah potong.. ikut selera masing2)
-n yang merah2 tu cili+bawang besar(kalau nak guna bawang merah kecik pon boleh) + bawang putih
-last sekali garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya
- paling mudah sekali sebab korang juz perlu gaulkan semua bahan2 kat dalam gambar tu.. gaulkan hingga rata ok..
- Lepas tu korang bungkus lah dengan daun pisang kecik.. bungkus macam dalam gambar kat bawah ni k ..



-Lepas dah bungkus comel2 mcm tu.. korang panggang k.. kalau tanak panggang boleh kukus sampai dy masak..



lepas tuh.. boleh la makan..makan dengan nasi pon sedap...letak kicap sikit..(kalau aku memang wajib ade kicap kalau nak makan)  :)




Kalau korang suka entry ni. boleh komen n klik nuffnang kat sidebar okay.. bubye.. luve u olls.. tunggu entry akan datang aku nak share air air nenas rebus pulak.. memang segar nak legakan tekak musim2 panas macan ni kan.. wait n see yah... bubye :)

*sorry sebab gambar kurang memuaskan :)

 

BLOG Syiqah Shahar Al-Masri Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos