Memaparkan catatan dengan label soal hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label soal hati. Papar semua catatan

Ahad, 24 Mac 2013

cinta tu memang SIAL!

Dicatat oleh Noura Nuriman di 9:18 PTG 3 ulasan

Kalau silap caranya...
memang kte akan rasa cinta 2 macam sial...

so bile agak2 da sedar cara kau tu salah... perbetulkan cepat! Jangan sampai ko da tak boleh rasa cinta tu baru kau nak sedar.. it too late! Sbb time tu ko da xleh rasa apa2 da.. perasaan ko da mati da time tu...

So.. perbetulkan cara sebelum terlambat..kembali pada pemilik segala..

* you can do it.
* cakap depan cermin tuju kat diri sendiri

Published with Blogger-droid v2.0.10

Isnin, 17 September 2012

Aku Yang Sedang Berlari

Dicatat oleh Noura Nuriman di 7:30 PTG 6 ulasan
Maafkan aku jika aku tak seperti yang kau inginkan
Apa yang wujud di dalam hati memang aku tak mampu nak ungkapkan
tapi aku dah cuba...
mungkin tingkahku keterlaluan
membuatkan mu meminta pemergian 
tapi pemergianku ini membawa penantian
datanglah.. kejarlah..
Aku Yang Sedang Berlari

Ahad, 16 September 2012

Sunyi sekeping hati

Dicatat oleh Noura Nuriman di 1:14 PG 4 ulasan
Hati ini terasa sunyi,
Hati ini terasa sepi,
Tanpa suaranya, tanpa gurauannya,

Aku rindu kan tawanya,
Rindukan sendanya,
Sungguh rindu..
Teramat rindu..

Hati ini tidak punyai sebab mengapa dia menjadi penghuni,
Entah mengapa...benar2 tak mampu hati ini membarikan jawapan,
Tapi hati dan detak jantung ini begitu resah bila memikirkannya,
Begitu rindu bila berjauhan dengannya,
Tapi tenang dan nyamannya bila melihat dia tersenyum dalam gembira,

Betapa hati ini ingin menjarit memberitahu nya..
Betapa aku suka dia,
Betapa aku teringin menjadi makmum mu...
Mengenalimu.. berbakti padamu..
Berpimpin tangan denganmu..
Menuju syurga cinta Ilahi..aamiin

Dan betapa aku ingin kau tahu,
Bahawa airmata ini pernah jatuh kerana merindukanmu,
Aku redha... aku ikhlas..
Jika ketersakitan jiwa ini untuk mendidikku,
Agar aku menghargai setiap kasih yang hadir,
dariMU....

Sabtu, 8 September 2012

Bila Rapuhnya iman bak senipis kulit bawang

Dicatat oleh Noura Nuriman di 12:56 PG 8 ulasan

Adakalanya iman dihati ini goyah dengan dugaan MU.. tapi anugerah rasa cinta kepadanya keranaMU ini telah menjadi benteng agar aku tetap teguh dengan pendirian ku.. Insyaallah, akan ku pelihara diri ini..Takkan aku ulangi dosa kelmarin.. akan ku teatpkan hati ini cuma untuk dia yang telah kau takdirkan.. InsyaAllah...


Ahad, 2 September 2012

Ujian Hati

Dicatat oleh Noura Nuriman di 3:07 PG 3 ulasan
DIA menguji hati tentang cinta..
DIA juga menduga hati tentang kasih.. 
agar kita lebih tahu apa sebenarnya erti perasaan itu.
agar kita lebih menghargai bahawan kasih dan cintaNYA lebih agung..

DIA menduga hati kita agar kita tahu betapa bernilainya harga sekeping hati..
Bukan untuk dipermain,
bukan untuk disandiwara.

Dunia memang pentas realiti,
Tapi nafsu bukan pegangan diri.
Untuk menikmati syurga duniawi.

Rabu, 27 Jun 2012

Tuhan Buat Macam Tu sebab.....

Dicatat oleh Noura Nuriman di 1:10 PG 2 ulasan

Tuhan Izinkan Kita Disakiti,
Agar Esok Kita Tahu Cara Untuk Mengubati Orang yang Terluka,
Tuhan Membuat Kita Menangis,
Agar Esok Kita Mampu Menghibur Orang Yang Bersedih,
Tuhan Menjadikan Kita Dengan Kelemahan Dan Kelebihan,
Agar Kita Sedar Dan Tahu Bahawa Dengan Hanya
BERDOA DAN BERUSAHA,
Tuhan Akan Menjadikan Segalanya Indah Pada Waktunya.

p/s : i miss you D

Jumaat, 18 Mei 2012

pesanan untuk diri sendiri

Dicatat oleh Noura Nuriman di 2:39 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum..
selama aku praktikal kal KL ni... sorang je aku nak jumpe.. iaitu DIA.... tapi sampai aku abes praktikal ni tak jumpe2 lagy pon.. ntah dapat jumpe ke tak aku pun tataw.. teringin sangat nak jumpe, selama ni kawan, kt fb je, mesej kat fon je, call dengar suara je.. tapi DIA dah hidup dalam hati.. teringin nak jumpe dy.. Tapi masa tak mengizinkan.. dia sibuk dengan kerja.. ntah lah...walau tak pernah jumpe DIA pun, dalam hati ni mekar sungguh namanya, rasanya, wajahnya.. kadang tu sampai terbawak2 dalam mimpi.. astaghfirullahalaziim... kenapa lah sampai macam ni syiqah... doa lah banyak2 kalau dia jodoh awak...dia akan datang pada awak... kalau awak yakin awk adalah tulang rusuk dy yg hilang , nanti kalian akan disatukan juga.. belum tiba masanya.. kembara lah dahulu lengkapkan diri dengan ilmu untuk masa depan kalian.. amiin..

Selasa, 15 Mei 2012

suara hati menanti kasih

Dicatat oleh Noura Nuriman di 7:31 PTG 2 ulasan
Jika Hati ini hati yang dulu, 
maka rasa ini adalah rasa yang dulu,
saya akan pelihara rasa ini sehingga waktu untuk kita bertemu tiba,
kerana aku yakin cinta kamu yang aku dambakan,
aku janji, aku akan pelihara ia untuk kamu.. bakal imam ku..

*Ya Rabb, jika kamu izinkan ************* menjadi imamku, biarlah wajahku menjadi sinar dalam hidupnya,biarlah kasihku menjadi pendorong dalam perjalanannya menuju kasihMU, biarlah hadir ku menjadi sumbu pembakar semangatnya untuk terus mencintaimu*

Isnin, 16 Januari 2012

rindu dari jauh

Dicatat oleh Noura Nuriman di 6:06 PTG 0 ulasan
hari2 asyik update blog MiG Online je sampai blog aku pun terabai... sejak praktikal ni, saje je aku nak fokus kat kerja.. nak mengubat hati lah kononnya.. malas nak pkir dah pasal hati, love n sebagainya.. tapi tipulah kalau hati ni tak terusik langsung.. ade jugak sesekali terasa seperti rindu tu menjengah... tapi apakan daya.. aku hanya mampu MERINDU DARI JAUH...


Selasa, 10 Januari 2012

rindu itu milik.....

Dicatat oleh Noura Nuriman di 4:53 PTG 2 ulasan
assalamualaikum..

adakalanya apabila kita sedang sedaya upaya melepaskan kenangan manis lalu.. ketika itu jugalah segala kenangan itu mengetuk pintu hati,ketika itu jugalah saat manis bersama menggamit kalbu hati.. saat ini jiwa sangat membuntukan seseorang yang mampu menggantikan tempatnya.. walau cuma seketika aku hanya meminta agar kamu tak pernah melupakanku..agar kamu sentiasa menyimpan semua kenangan kita bersama dalam hatimu... aku mohon jangan sesekali kamo melepaskan segala kenangan kita bersama pergi dari hidupmu.. abadikanlah segalanya dalam hatimu... cuma untukku...

sesungguhnya rindu ini milikmu




satu yang aku ingin kau tahu... sesungguhnya rindu ini milikmu!!!

Jumaat, 21 Oktober 2011

kita bijak atau bodoh?

Dicatat oleh Noura Nuriman di 1:46 PTG 1 ulasan
Adakalanya kita merasa ita sudah cukup bijak dalam sesuatu perkara,
Adakalanya kita fikir kita sudah cukup strategy untuk bermain dengan ramai orang,
Tidak langsung kita fikiran yang orang ramai sedang memerhatikan kita,
Tidak langsung juga kita terfikir yang  kita sedang dipermainkan oleh orang lain,
Setiap tindakan kita , kita merasa ianya tindakan yang cukup terbaik,yang cukup bijak … buat diri kita.
Tanpa kita memikirkan tentang perasaan orang lain, tentang apa yang orang lain akan tanggung,
Itulah kita, seseorang yang digelar manusia, pentingkan diri!

Adakalanya ita malu menonjolkan identity kita,
Adakalanya kita malu mengaku siapa diri kita,
Sedaya upaya kita menunjukkkan kelebihan diri,
Memberitahu semua orang betapa hebatnya diri kita, betapa mulianya diri kita,
Tapi haikatnya??kIta menipu!
Sedaya upaya juga kita menutup keburukan diri,
Menyembunyikan segala yang kita tak mahu orang lain tahu,agar orang lain melihat betapa mulianya kita,
Tapi hakikatnya? Kita menipu!
Itulah kita, seorang manusia, HIPOKRIT!


Rabu, 19 Oktober 2011

orang kata single itu......

Dicatat oleh Noura Nuriman di 2:36 PTG 1 ulasan
orang kata single itu simple....
betul ke?
tapi kenapa saya rasa sunyi??

the end


*sekali awak singgah di hati saya, selamanya awak akan hidup dalam hati saya. bile awak dah bersedia.. cari saya semula.. saya tetap disini

Jumaat, 30 September 2011

lafaz yang tersimpan

Dicatat oleh Noura Nuriman di 2:08 PG 1 ulasan
ku ingin kongsikan sesuatu
satu rasa.. perasaan...
tapi aku tak tahu bagaimana untuk aku luahkan. 
mengapa?
dimana kata2 indah ku?
kemana itu?

aku benar2 ingin kongsikan rasa ini..
tapi bagai mana???? 
ahhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!

Khamis, 15 September 2011

SAYAP TERLUKA-PANJI menepati perasaan aku sekarang

Dicatat oleh Noura Nuriman di 11:46 PTG 0 ulasan
Lagu ni sangat2 sesuai dengan perasaan aku sekarang... 
mcm pernah dengar??? lagu blog niyh laaa... 
aku baru tuar tadi...

jum nyanyi sesama

 sayap terluka by panji

Dalam keributan hembusan beliung
Terbanglah aku sang camar hina
Mencari singgahan andainya kau sudi
Menghampar kasih di pantai hati

Dah lama kupuja kini jadi nyata
Sayang hanya untuk seketika
Sayap ku terluka ditimpa bencana
Akhirnya diri aku sendiri yang sengsara

Ku tahu diri ini bagai menggapai bintang di langit
Tersingkir jatuh tiada pernah kau peduli
Rapuhnya cinta kita patah terkulai di ranting hampa
Pedih terluka tiada siapa yang endahkan

Biar derita biar sengsara aku rela
Menjadi mangsamu
Akanku simpan di nurani ini kenangan antara kita
( hingga akhir nanti oh... )

Kini kan tinggal cinta dan kasihku
Umpama pungguk merindu bulan
Tak mungkin tercapai hasrat hati ini
Biarpun harus ku tunggu seribu tahun lagi

*sesungguhnya derita hati ini tuhan saja yang tahu.. kuatkan aku ya Allah.. ikhlaskah hati aku... *

Sabtu, 9 Julai 2011

menghadapi kenangan

Dicatat oleh Noura Nuriman di 1:19 PTG 3 ulasan
waktu semakin hampir..untuk kita bertemu..debarnya hatiku menantikan saat ini.. saat yang yang tak ingin aku hadapi.. namun getar rindu mengetuk pintu hati..memnguatkan aku untuk bertemumu.. namun amarah ini juga membara.. mengapa? mengapa?? sedangkan rasa cinta ini begitu kuat .. mengapa amarah ini masih ada? aku terpaksa pendam rasa amarah ini .. kerana aku tak mahu kau pergi .. kerna aku tak mahu kau terus hilang dari ku.. biar.. biar aku tanggu sakit ini, asalkan kau selesa terus berteman denganku, asalkan aku dapat melihatmu. aku masih sayang kamu.. mr.ma

Khamis, 23 Jun 2011

aku dan si penari

Dicatat oleh Noura Nuriman di 12:33 PG 6 ulasan
one two,three four, five six, seven eight.. ok one more bebeh.. one n two three n four five six seven n eight!!
hahah korang jangan nak kate aku meroyan ke hape duk mengira memalam buta niyh (haaa..aku update entry ni memalam tawmalam bute yang tak berapa nak buta.. belum pukul12 lgy pon) ahah  stop MEREPEKing ok syiqa.. continue ur story.. 

ehem2(betulkan neck tie walau x pakai pon.. gaya je lebeh)..huhuu.. haa tengok tu(tajuk entry tu yea).. nampak nampak?? paham x? paham x?? (ko paham ke tak paham ke.. ade aku kesah?? aku nak citer jugak..hohoh).. ok ok stop be merepeking syiqa(english betrabour!!!).. 

haa ni aku nk crite niyh.. semalam adelah sumone hambaallah niyh tanya aku,(lepas dy tengok fb aku da in relationship). perbualan kami berbunyi begini>


*** : eh ika in relationship dgn sapa tu? tentera ea?

aku : eheh, da seminggu da ika buat, baru prasan ke?
(nampak sangat aku tak paham soalan kan?)

 *** : aah baru prasan.. hihii sory..waa tentera ea?
(sah dy x tengok fb aku nih.. huh!! o yeah aku sedar aku siapa)

belum sempat aku jawab soalan dy, laptop aku pulak menamatkan siarannya.. aduhyaiiii batry abes plak.. yea mmg sikap aku x suke charge laptop.. walau warning telah diberi beberapa kali..hurmm 

ok so now aku nak jawablah soalan cik abg td tue.. saya bukan in relationship dengan tentera lah .. tp dengan penari.. yee penari.. dia penari.. so what?? aku suke penari n my bf is penari.. 
yeah.. lantak korang la nak kata ape, dulu aku dengan bakal doktor(tengku irhan).. da meninggal..jodoh kami tak panjang, juz beberapa bulan je.. nak buat mcm mane kan..inilah yang dinamakan jodoh pertemuan, ajal maut ditangan tuhan.. then dengan MA poli(medical assistan) pulak... yang ni pon jodoh tak panjang.. mama dia nak jodohkan dia dengan piliha  keluarga.. so aku terpaksa berundur... tak lama kemudian.. belum sampai dua bulan pon, lebih kurang sebulan lebih.. orang kata tak habes eddah lagi pon!(eh kapel pon kire eddah ke? MEREPEKing lagi!!) artis budaya BKTD ni pulak muncul..(kalau korang tak tahu BKTD tu ape ni aku nak bgtau, BKTD tu ialah Badan Kesenian Tentera Darat)..tp kami da kawan lama da.. juz jarang contack je..but kali ni dy muncul n dengan niat.. aku memule pon xnk dah kapel2 niyh.. kecewa yang teramat la jugak bile kehilangan dua insan yang aku sayang tuh.. disebabkan aku takut benda yang sama terjadi, aku ingat aku taknak la ber ''in relationship'' lagyy.. namun bile si penari ni muncul kembali, ati aku terbuka pulak.. tapi untuk hubungan kali ini aku tidak mahu berharap lebih seperti hubungan aku yang lepas2(kalau nak tahu, dulu aku siap plan nk kawen lagy!gatal tak gatal?)... so kali ini aku nak berserah je lah pada jodoh.. kalau ade jodoh adelah.. kalau xde xdelah.. walaubagaimanapun aku akan berusaha untuk memelihara hubungan ini sebaik mungkin.. 

walau aku dan sipenari jarang mesej jarang kol mcm hubungan aku dengan bakal doktor dan MA dulu, tapi aku percaya dia, makin lama x mesej,makin lama x kol, makin rindu.. makin sayang ... menyulam rindu katanya..(tapi tiap2 malam b4 tido mesti kol)..yang penting kepercayaan antara kami.. ye aku tahu dia bz training..n aku percaya dia dan aku harap dia pn begitu juga.. :)
lastly.. aku minta maaf la sebab da lama x update blog, dan bile update jer asyik cerita cinta je yang aku taipkan.. so sorry kepada yang tak suke.. secocoklah dengan tagline blog syiqa lazola niyh'' cerita cinta hati'' .. segala yang tertinta disini segalanya dari hati.. terima kasih kerana membaca..jangan lupa komen!:)

syiqa lazola
cerita cinta hati

Isnin, 20 Jun 2011

rindu berbisik

Dicatat oleh Noura Nuriman di 8:40 PTG 0 ulasan
sebulan lebih dia pergi..
sebulan lebih juga aku cuba untuk menerima hakikat yag dia dah tiada.. 
namun sukar.. 
pemergiannya bukan didepan mata tidak kulihad jenazahnya, tidak kukucup jasadnya... 
sekadar mendengar khabar dari saudaranya yang dia dah tiada.. 
mulanya aku tak percaya.. 
namun bila hari-hariku sunyi tanpa gangguan darinya, 
tanpa mesej khabar dan berita darinya, 
aku mula rasa kehilangan,
aku mula mencari2 nya.. 
kemana? 
dimana? 
mesej ku tidak terbalas, 
panggilanku tidak bersahut.. 
rajukku tiada yang memujuk...
kemana dia... 
benrkah dia da tiada? 
dia teman yang baik.. 
susah senangku dia ade disisi..
tengku.. maafkan ika sebab selalu sakitkan hati tengku.. 
ika minta maaf, ika tahu ika da terlambat..
tapi  ini je yang ika mampu lakukan, 
sekadar ungkapan maaf..maafkan ika ye tengku...
 ika sayang tengku.. 

Ahad, 19 Jun 2011

rinduku berbisik lagi

Dicatat oleh Noura Nuriman di 10:45 PTG 0 ulasan
awak... 
saya cube terima dia, 
saya cuba sayang dia..
ya ok, saya boleh terima dia... 
saya cuba kata pada diri saya yang saya sayang dia.. 
saya da tanam kat diri saya, 
perasaan sayang saya untuk orang yang sayang saya.. 
dia meluahkan perasaan itu.. 
saya cuba membalasnya.. 
saya cuba buad yang terbaik.. 
tapi setiap kali saya ingin mengungkapkan perkataan sayang itu, 
wajah awak pasti terbayang..
 rasa rindu ini tiba-tiba mengetuk pintu hati..
 saya tak nafikan saya ade perasaan kat dia, 
tapi tak macam perasaan saya pada awak, 
walau posisi dia kini menggantikan awak.. 
saya rindu awak..

setiap kali awak kol,
saya rasa happy sangat, 
saya cuba sembunyikan rasa rindu.. 
saya cuba jadi kawan awak.. 
tapi susahnya nak sembunyikan rasa niyh.. 
sakit je rasa... 
hope awak tak perasan kesedihan saya.. 

awak... 
awak jangan salah faham ye, 
saya terima dia sebab saya nak terima keputusan awak, 
sebab saya kene akui yang saya bukan milik awak, 
saya kena terima hakikat yang saat kita bersama tuh cuma tinggal kenangan..  
awak.. saya rindu sangat kat awak.. 
tak sabar nak jumpe awak kat poli, 
ase mcm nak peluk awak je jumpe t.. huhuuu 

awak.. 
bole x saya sakit lagy nanti? 
supaya awak inject lengan saya lagi, 
biar lengan saya bengkak lagi, 
dan rasa sayang tu kembali mekar bersama bengkak tuh..
 makin teruk bengkak tuh makin erat sayang kite, 
tapi bila bengkak tu mula surut, 
hubungan kita pun mula surut, 
awak perasan x tuh? 
awak... saya rindu awak.. 
ase mcm x percaya ungkapan awak.. 
awak xlama lgy awak akan bertunang kan... 
saya harap awak takkan lupakan saya.. s
eperti saya takkan lupakan awak sampai bile2.. 
saya tetap sayang awak cikpogee.. saya tetap sayang awak..

awak..
doakan saya boleh buat yang terbaik  untuk dia yang menggantikan awak.. 
walau sesungguh nya tiada siapa yang akan mampu menggantikan awak dihati saya.. 
awak tetap yang teristimewa.. selamanya..






*cikpo*

*awak simpan buku ini elok2 yea*



syiqa lazola
cerita cinta hati

Ahad, 12 Jun 2011

in relationship with

Dicatat oleh Noura Nuriman di 1:05 PTG 2 ulasan
saya 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
in relationship with
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
him(ermy royhimzad bin johari)


syiqa lazola
cerita cinta hati

Rabu, 18 Mei 2011

aku mengasihi mu teman

Dicatat oleh Noura Nuriman di 7:34 PTG 6 ulasan
dahulu kita berkasih,
kini kita berteman,
dahulu kita bercinta,
kini kita bersahabat,
aku harap persahabatan ini kekal,
biar kasih ini tersimpan dalam hati,
biar rasa ini terkubur dalam sanubari,
biar cinta ini terpendam dalam memori,
akan ku pelihara perasaan terhadapmu ini,
akan ku jaga setiap memori bersama mu,
kini kita mulakan hidup baru sebagai teman,
kini kita buka buku baru sebagai sahabat,

namun andai suatu hari nanti,
hatimu terbuka untuk aku,
aku bersedia untuk menerima kamu lagi,
kerna aku tak kan pernah buang kamu dari hati ku,
kerna kamu tetap hidup dalam hatiku,
dan kerna kamu tetap ada dalam hidupku..

*kisah kita tetap terpahat dihati, takkan bisa dilupakan..

*kini biar aku mengabdikan cintaku pada-NYA, sementara menanti penggantimu..

*kamu ingat buku ini? ingat apa yang saya coretkan di belakang buku ini? simpanlah ia sebaik2 nya..

*ku doakan kamu bahagia bersama jodohmu, apakan daya.. cinta kita tak mampu mengundang jodoh..


syiqa lazola
cerita cinta hati


 

BLOG Syiqah Shahar Al-Masri Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos