bergetar rasa rindu ni bile saya nampak awak online... rasa bagai memerlukan awak semula untuk mengisi segenap ruang hati ini.. bukan hati ini belum terisi, memang saya ade dia sebelum saya kenal awak.. tp bila awak muncul dalam hidup saya, hati ini tibe2 rasa berdebar, ragu dan pelbagai perasaan wujud.. apakah saya perlu curang ataw setia pada dia sedangkan dia juga tak yakin dengan perasaannya.. hingga akhirnya saya memilih untuk membahagikan rasa cinta ini kepada dua..satu untuk awak dan satu lagi untuk dia...
saat perkenalan kita, awak tahu yang saya dah ade DIA, tapi awak sanggup menjadi yang kedua.. kerana saya juga punyai perasaan yang sama seperti awak, saya terima awak juga.. saya cerita ape masalah saya dengan dia.. awak kata saya sanggup terima awak sebab saya tak dapat perhatian yang sepatutnya dari dia..tapi awak tak tahu yang perasaan saya pada awak melebihi dia,awak lebih memahami saya,dan saya lebih selesa bersama dari dia,kite teruskan hubungan kita... seminggu kemudian, awak mula berubah awak jarang balas mesej saya n x angkat kol saya..
hinggalah satu malam tu awak berterus terang dengan saya,awak kata awak rasa sebersalah dengan perbuatan awak.. awk da cuba hilangkan perasaan tu dengan membusykan diri dengan assgmnt2 awak..awak kata kita lebih baik berkawan sahaja macam biasa..aduh!! betapa sakitnya hati saya bile awak kata macam tu.. mengalir air mata ni tanpa saya sedar...sedih sangat saya masa tu wak...awak,awak tahu tak setiap malam saya tunggu awak, setiap malam saya tengok gambar awak, dan setiap malam juga saya dengar rakaman nyanyian awak.. awak tahu tak saya rindu sangat2 kat awak...
bile tengok gambar awak dengan kawan pompuan awak kat fbuk orang lain, saya rasa sangat2 jelez..awak tahu tak hati saya rasa bagai di hiris2,peritnya cuma saya yang tahu, keraguan ini cuma saya yang rasa...
awak... saya harap sangat satu hari nanti kita akan jumpa lagi.. awak, saya minta agar awak jaga perasaan cinta yang pernah wujud dalam hati awak untuk saya itu dijaga dengan baik agar perasaan itu terus mekar... awak.. sukar untuk saya meluahkan perasaan saya pada awak.. lafaz dari hati ini tak dapat saya terjemahkan... saya harap awak dapat rasa keikhlasan hati ini.. awak, apa yang saya tulis ini bukan rekaan semata, ini terlahir dari hati saya .. benar2 luahan dari hati saya untuk awak...
awak.. tolong jaga separuh cinta ini .... ianya milik awak... sukar untuk saya menyatakannya, apa yang saya mampu sekadar mengatakan bahawa saya sayang awak.. :(
syiqa lazola
cerita cinta hati
0 ulasan:
Catat Ulasan