dalam keheningan malam,setelah mendengar luahan rasa rindu antara dua saudara,getaran rindu ku juga turut terasa, dapat memahami situasinya.. lantas aku teringat seorang wanita, yang aku panggil mak~. sudah tiada, sering terngiang difikiran saat yang mencemaskan itu..
31Ogos 2007,aku form3 masa tu... lewat pagy kami menerima kunjungan satu kereta keluarga sepupuku,bersama suami dan anak2 nya.. datang untuk menziarah mak yang dh lebih sebulan sakit.. rancak mak berborak denga cucunya jarang dapat meluangkan masa.. pagi itu masih terdengar suara mak, gelak dan tawa mak, menjelang waktu makan tengah hari, aku menghantar dulang berisi makanan mak, sepinggan nasi,semangkuk kuah bening,dan ikan bilis goreng beserta tempe goreng kesukaan mak..itulah menu yang sering mak minta untuk makan tengah hari, adakalanya dibawa kemalam.. lantas aku letakkan dulang disebelah tilam mak, menjemput makan ,mak kata belum ada selera dan pinta aku untuk makan dahulu.aku tutup makanan itu dengan tudung saji. mak kata mahu tidur sebentar, mungkin penat berborak dengan cucu dan melayan kerenah cicitnya.selepas meletakkan bantal dibelakang badan mak, aku keluar pergi ke dapur untuk membantu ibu menhidang makanan tengah hari, abah tak ada hari itu,bekerja shif pagi, maka petanglah pulangnya..ibu,aku,along dan adik makan dahulu dimeja makan sementara mak sedang tidur..
selepas solat zohor, aku duduk di depan tv,ibu yang baru keluar dari bilik air menuju ke bilik untuk solat sempat mengingatkan aku untuk melihat mak sama ada sudah makan ataw belum, keadaan mak yang tidak sihat dan sakitnya yang datang tidak menentu memerlukan pemerhatian yang kerap..ku lihat mak masih tidur, dalam keadaan yang sama tanpa berubah semasa aku tinggalkannya tadi, aku mengangkat tudung saji masih tak terusik hidangan itu, kulihat telkung mak masih tidak terusik,masih tergulung dengan sejadah depenjuru katil,aku melihat wajah mak,tidak seperti selalu,nafasnya tidak berbunyi seperti selalu, aku mula khuatir, namun aku hanya berfikiran positif, dengan tenang aku cuba mengejutkan mak dari tidur... ''mak.. mak... mak.. mak... mak...'' mak senyap, ku cuba gerakkan bahunya, memanggil mak sekali lagi'' mak.. mak...mak..'' jantungku mula berdegup kencang,lututku mula bergetar, tak berdaya untuk bangun,lantas aku menjerit memanggil ibu,.. ''ibu!!! tengok mak ni tak bangun..'' . suaraku bergetar.. ibu datang cuba mengejutkan mak.. aku tahu mak dah tiada, kedengaran bunyi motor mak ngah,mak ngah datang untuk menjaga mak, ibu kerja petang hari itu,. kami bergilir2 untuk menjaga mak..mak ngah masuk ke bilik, melihat kami sedang memanggil nama mak, aku pula sudah menangis.. mak ngah menghampiri kami, aku mengundur kebelakang..merangkak ke penjuru ruang kamar,sungguh, aku tak mampu untuk bangun..ku hanya mampu melihat makngah menguruskan mak..tak lama kemudian, jiran aku datang, tak mampu melihat tubuh mak yang kaku tak bergerak.. aku lari masuk ke bilik.. menangis sepuasnya... keesokan harinya aku membantu memandikan mayat mak..mak ngah melarang aku untuk menangis, aku turutkan, ku tahan sebak didada... sungguh aku sangat tak sanggup melihat jenazah mak.. memikirkan itu adalah kali terakhir untukku, aku kuatkan juga.. terngiang2 suara mak,marah mak,nasihat mak... segala kenangan bersama mak bermain diminda.. selepas sesi memandikan jenazah mak, aku kembali ke bilik.. menangis lagi.. tak dapat aku menahan sebak saat itu, seperti tak percaya mak dah tak ada, seperti tak percaya mak akan pergi selamanya.. tak dapat terima takdir..
seminggu berlalu, hanya kiriman al fatihah dan surah yaasin yang mampu aku kirimkan untuk mak..telekung arwah mak, al-quran arwah mak, kain batik arwah mak.. menjadi milikku, pengubat rinduku.. .
kini,hampir 5tahun mak pergi..telkung arwah mak masih lagi ku pakai.. tidak bertukar... lusuh sudah..belum bertukar..entah bila.. terfikir juga untuk membeli telkung baru, namun aku teringat pesan mak, kalau nak kawan dengan lelaki, kawan dengan lelaki yang soleh.. yang boleh bimbing kamu.. justeru, aku menanti telkung hadiah dari seorang lelaki, mungkin kerana itu aku masih menggunakan telkung buruk arwah mak..
pagi tadi,sebelum ku terjaga, ku dengar suara arwah mak, bising menyuruhku bangun untuk solat subuh..lantas ku bukakan mata kudengar laungan azan masjid luqmanulhakim ptss..lantas kurasa seperti ada yang mengalir dipipi.. aku rindu mak~ mak~ sayang rindu,mk memanggil aku dengan panggilan sayang dan adik saudaraku dengan panggilan manja..kini tiada lagi suara tua yang memanggil nama itu.. aku rindu mak.. mak..sering terngiang bebelan mak, marah mak, permintaan mak, suruhan maknasihat mak, pesanan mak, semuanya bermain dibenakku.. terngiang hingga kini..
meski kini aku jauh di utara semenanjung..meski keadaan rumah sudah jauh berbeza, meski bilik mak sudah tiada, namun semua kenangan dan suasana ketika bersama mak masih lagy ku ingat satu persatu.. nasi goreng kampung yang mak ajar aku dulu masih sama rasanya..bila aku balik rumah saja , along dan adik mesti minta aku masak nasi goreng...
p/s: maaf kalau ade kesilapan ejaan,tak larat nak semak semula..mata dah mengantuk.. btw sebelum kalian tinggalkan blog ni dengan pertanyaan aku berikan jawapan.. mak=nenek aku..ibu=makcik aku..abah=pakcik aku..along(manja) n adik anak makcik n pakcik aku..sekian..
p/s: maaf kalau ade kesilapan ejaan,tak larat nak semak semula..mata dah mengantuk.. btw sebelum kalian tinggalkan blog ni dengan pertanyaan aku berikan jawapan.. mak=nenek aku..ibu=makcik aku..abah=pakcik aku..along(manja) n adik anak makcik n pakcik aku..sekian..
duduk: abah n ibu
berdiri: aku(sayang), arip(adik), along(manja)
syiqa lazola
cerita cinta hati
0 ulasan:
Catat Ulasan